Background

Mommy abi

Daisypath Anniversary tickers

A.M.L

Lilypie Fourth Birthday tickers

Azib Muhsin

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 8 July 2015

KUNAK!!!!!!

AKU BANGGA JADI ANAK KUNAK...
AKU ANAK JATI KUNAK...

KUNAK....
sebuah pekan kecil yang terletak di antara daerah Semprna, Tawau dan Lahad Datu... KUNAK adalah sebuah pekan kecil yang juga dikenali sebagai pekan koboi... Walaupun hanya sekadar pekan kecil, tapi cukup bermakna buat kami... Pekan yang kami cintai, pekan tempat kami belajar, tempat kami jatuh, tempat kami bermain, tempat kami mengenal apa itu erti kehidupan.

KUNAK...
Mungkin pada mata orang luar,Kunak ni teda apaapa yang menarik... tapi pada aq, Kunak adalah tempat yang paling bahagia.. Penduduk kunak ni tidaklah ramai...Pusingpusing pun boleh jumpa. Penduduk Kunak ni berbilang bangsa, suku kaum dan agama. Ada BUGIS, bajau, sulu, cocos macammacam lagi la..datang Kunak baru tau. kunak ni best..hidup orang kunak harmoni tidak kira india ka, cina ka..semua macam keluarga..boleh lepak kedai makan samasama..

Walaupun kunak ni kecil, tapi kunak ni kira lengkap jugalah. Ada sekolah rendah, menegah, sekolah agama, TM, SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) dan macammacam lagilah.. Orang di SAbah ni especially di Kunak, semua da berumah..tak adalah yang tinggal atas pokok lagi...(rumah orang kunak besarbesar hokeh) ko hado????

Apa yang best di kunak??
Restoran Bilal - sebuah restoran yang pertama buka di kunak dan sehingga sekarang Bilal tidak pernah tidak ada orang yang datang sana..tidak kira hari raya ka, deepavali ka, xmas ka...always ramai...

Top 10 -Kedai buku yang popular di Kunak...Masa sekolah selalu pergi top 10 cari majalah mangga

Paling Heaven kalau hari ahad...ada pasar minggu..boleh cari rombengan a.k.a bundle. macammacam jenis bundle boleh dapat di pasar minggu...

Bila malam, kunak ni ada tempat paling popular... PASAR MALAM...wa cakap lu, dia punya sayap ayam (kepak ayam) sedao gila ooo... tiada ditempat lain..hanya di Kunak...

Actuall banyak lagi tempat best lagi di Kunak ni (pada aq la)

Puasa tahun lepas 2014 (1 Ramadhan)kunak telah ditimpa musibah besar..di mana sebuah kampung yang dinamakan Kg. Pangkalan telah hangus terbakar lebih kuran 70% dari kediaman yang ada hangus sama sekali. walaupun pada masa itu kami tidak berada disana, tapi kami turut merasakan kesedihan itu kerana disanalah tempat kami membesar...mengenal erti kehdupan sebenar...dan kini tiada yang tinggal melainkan kenangan...

Selang sebulan.. means hari raya..Hari raya ke 4 pula kunak sekali lagi ditimpa musaibah dimana satusatunya tempat membeli belah paling popular di kunak iaitu Milimewa pula hangus terbakar...huhuh...

Walaupun serba kekurangan dari segi pembangunan, tapi kunak ada kelebihan sendiri sebagai sebuah pekan kecil iaitu keharmonian..


okeh...tulis belog sambil dengar lagu raya...

Kunak ni menyimpan seribu kenangan... banyak kenangan yang tercipta di Kunak.. Walaupun sekadar pekan kecil, tapi bagi ku cukuplah sekadar keamanan, keharmonian dan silaturahim yang ada di pekan ini...

AKU BANGGA JADI ANAK JATI KUNAK..


*SalamSayang*
*Salam22Ramadhan*

2 comments:

  1. Assalam dik..kenal ka ama org suluk namanya sunni boy b jamasali?dia bawa pirate kncil tu..org kunak mmg..

    ReplyDelete
  2. Rindu btul dgn pekan kunak meski aku bukan org kunak... Dulu aku pernah sekolah menengah d smkkj 2000-2003...cuma 4 tahun d sana tapi memorinya tu bah melekat sampai sekarang.. Subuh ni aq buka peta google dan terkejut melihat milimewa tinggal kerangka, bgtu jga dgn pangkalan, tiada sdh rumah dekat dgn jalan.. Melalui artikel ini, baru aku tau kebakaran penyebabnya.... Kedai feberet anak sekolah pula TOP10 msh kekal d tmpat lamanya.... Rindu semuanya... Pasar minggu, perpustakaan, smkkj, dll.... Salamku..alif..

    ReplyDelete