Background

Mommy abi

Daisypath Anniversary tickers

A.M.L

Lilypie Fourth Birthday tickers

Azib Muhsin

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 11 February 2015

Trip kali ni ke MEDAN kita!!!!!!

MEDAN!!!

1st time ke Medan...aku pun tak tahu ada apa yang membuatkan aku mau booking ke Medan..haha.. Bagi tok laki, Medan tak adalah tempat yang 1st buat dia...because last time tok laki pergi dengan rombongan office dia.. tapi tak boleh harap pun, dia mintak aku urus semua..katanya sebab kita ni fasih berbahasa Indonesia...kita kan anak BUGIS..of coz la tau...

Pasal jalanjalan ni mesti la Cik Bini yang over sikit... Everything under control cik puan. jangan risau, semua da settle... Flight ticket + hotel = SETTLE

Macam biasa, penerbangan kali ini bermula di KLIA 2.. AIRASIA....dihatiku..



Apaapa pun before fly, make sure buku merah da ready. untuk perjalan international ni memang buku merah sangat penting. tapi sayangnya, buku merah belum renew..hahaha...tak apa, nanti nak gerak baru buat. 
Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh......


Kali ni kita ke negara seberang...berdua tanpa mak ayah..hello, korang tu da besar..hahaha..

Actually tak biasa sangat pn kat Medan. banyak baca dari belog orang jek..

Gerak on 31 July..time tu masih mood hari raya.. and balik sini 3 August... sebenarnya ke Medan nak sabut 1st anniversary...hehehe


Kat sana tak tau pun aiport macam mana...tapi tok laki cakap kt Kuala Namu.. Kuala Namu International Airpot..


Kita pun tak tahu dari Airport ke hotel nak naik apa..hahaha...dun wori..akan di uruskan...
Kami laki bini akan stay di hotel Grand Sirao...di tengah bandar Medan

Orang cakap, kalau dekat Medan ni, hotel yang ada Grand tu da di kira 4*...betul ke idok...i ni amek hotel management, tapi tak tahu plak...sebab tak ada dalam buku pun.

Ni Istana Maimon...


Mau p sini juga...rumah batak


Danau Toba...Tasik Terbesar di Asia Tenggara...

Aku sampai sana nanti aku mau SHOPPING....



OKBAI *Salam Sayang*




Thursday, 5 February 2015

Melalui puisi...


Saudaraku,
Bila mana sebuah ikatan persaudaraan di ukur dari wang ringgit;
Bila mana ikatan persaudaraan di nilai dengan harta;
Bila mana persaudaraan di beza-bezakan dengan kedudukan;
Bila mana ikatan persaudaraan ini di lihat dari kisah silam;
Dan bila mana persaudaraan ini mulai putus;
wang ringgit, harta, kedudukan dan kisah silam; maka hilanglah nilai dan harga persaudaraan sebenar yang azali.


Saudara ku,
Jika semalam kau seorang yang dihormati kerana harta, kedudukan dan wang ringgit mu,
Beringatlah dunia tak selalu menghormati mu, kerana dunia ini kejam.
Dunia ini tidak selalunya indah buatmu yang punyai; harta berlimpah; kedudukan yang tinggi; wang ringgit yang banyak.

Manusia disekelilingmu adalah pengadil,
Pengadil bagi setiap gerak geri mu,
Pengadil bagi bahasa badan mu,
Pengadil bagi ayat yang kau bicarakan.

Manusia adalah pengadil yang selalu menilai setiap  baik dan buruk mu,
Pengadil yang tidak selalunya benar,
Yang benar hanyalah DIA…Allah yang satu.

Maka beringatalah saudaraku,
Ada pengadil yang lebih Agung.
Janganlah dirimu terlalu “BONGKAK, SOMBONG dan TAKABUR”
Kerana satu hari nanti orang akan mulai tidak menghormatimu.





*Salam Sayang*