Saudaraku,
Bila mana sebuah ikatan persaudaraan di ukur dari wang
ringgit;
Bila mana ikatan persaudaraan di nilai dengan harta;
Bila mana persaudaraan di beza-bezakan dengan kedudukan;
Bila mana ikatan persaudaraan ini di lihat dari kisah
silam;
Dan bila mana persaudaraan ini mulai putus;
wang ringgit, harta, kedudukan dan kisah silam; maka
hilanglah nilai dan harga persaudaraan sebenar yang azali.
Saudara ku,
Jika semalam kau seorang yang dihormati kerana harta,
kedudukan dan wang ringgit mu,
Beringatlah dunia tak selalu menghormati mu, kerana dunia
ini kejam.
Dunia ini tidak selalunya indah buatmu yang punyai;
harta berlimpah; kedudukan yang tinggi; wang ringgit yang banyak.
Manusia disekelilingmu adalah pengadil,
Pengadil bagi setiap gerak geri mu,
Pengadil bagi bahasa badan mu,
Pengadil bagi ayat yang kau bicarakan.
Manusia adalah pengadil yang selalu menilai setiap baik dan buruk mu,
Pengadil yang tidak selalunya benar,
Yang benar hanyalah DIA…Allah yang satu.
Maka beringatalah saudaraku,
Ada pengadil yang lebih Agung.
Janganlah dirimu terlalu “BONGKAK, SOMBONG dan TAKABUR”
Kerana satu hari nanti orang akan mulai tidak
menghormatimu.
*Salam Sayang*



No comments:
Post a Comment