Background

Mommy abi

Daisypath Anniversary tickers

A.M.L

Lilypie Fourth Birthday tickers

Azib Muhsin

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 23 July 2015

BestFriend.. 27 Julai 2015.. hari persahabatan kami...

Istilah BestFriend ni tidak semestinya untuk pasangan atau hubungan sahabat sesama jantina... Terkadang, perempuan lagi suka berBestFriend dengan lelaki dan sebaliknya..
TAPI HARUS DIINGAT..ADA BATASNYA...


Pada aku, aku selesa berkawan a.k.a berbestfriend dengan lelaki...bukan sebab aku tak ada kawan perempuan...ada.

Ada la kawan rapat perempuan..tapi beberapa ja yang boleh diharap...cuma pada aku erti kawan dan sahabat itu berbeza..erti sahabat ni macam adik beradik...bergaduh..nangis..ketawa..bersama...

Agak susah untuk seseorang yang sudah berumahtangga untuk ada sahabat lelaki..tapi pada aku, selagi ada konsep percaya dan terus terang dengan siap kita bersahabat...

Macam aku, tok laki tau siapa kawan dan sahabat aku..jadi tak ada masalah..dia faham selagi kita tau jaga batasbatas kita sebagai perempuan dan sebagai isteri.

Aku sendiri ada BFF..lelaki... dan aku bahagia bersama mereka...walaupun masingmasing duduk jauh.. sorang di KK, sorang di Kunak dan aku di KL, tapi itu tidak jadi masalah buat kami...kami jarang berwasap, sms atau berwechat..tapi kami memilih untuk berbalas komen di facebook...gaduh, ketawa, merajuk, semua kami kongsi di facebook.

Manakala BFF permpuan ni aku lebih gemar berwasap..ala biasa perempuan kan...ni supaya tidak timbul syak wasangka pada tok laki..(bijakkan)..tapi itu la erti sahabat pada aku..

Sahabat bukan sekadar shabat..tapi sahabat juga bertindak sebagai penasihat..ya, aku gembira ada sahabat macam dorang (firman dan nasarullah). (Ermawaty)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandangan aku pada dorang...

NASARULLAH
Actually dia ni classmate dari form 1 till form 3 (bcause form 3 pindah sekolah lain). dula masa sekolah kami tidak la rapat..just classmate biasa, sebab dalam kelas pun kaum adam tak ramai..so adam dan hawa boleh masuk tune la orang cakap.. dia ni (sebagai mana yang ak kenal la) seorang yang pemalu (malumalu kucin).. jarang sangat dengar suaranya..lagilagi dengan perempuan (ooo pls la ullah)dia ni budak bijak (sebab kelas kami kelas pertama..AMANAH..nak kata aku ni bijak la juga, sebab duduk kelas depan..hakhakhak). Dalam kelas memang ramai competitor.. jadi kena berlumbalumba... Tapi tempoh kami kenal dalam kelas tu sangat singkat...sebab dia ni pemalu, dan aku  ni tak tau malu...(fokus belajar) lepas tu aku oindah sekolah da tak jumpa dia... apa yang menjadi kami boleh jadi BFF, dia berkait dengan BFF sorang lagi...firman...dan tak sangka pula sekarang ni dia da berubah...dulu dia keding...pendiam..malumalu kucin...sekarang, gendut, banyak cakap dan tak ada malumalu kucin da...dia ni seorang yang baik..sebelum jadi BFF, sempat la dia ni rasa tak puas hati..(adalah cerita disebalik ketidakpuasanhati) tapi tak apa...ya salah aku...SORRY Ullah..tak ada niat pun...lepas da explain semua, dan keadaan da ok smua...alhamdulillah...kami da jadi BFF... aku sayang ko nasarullah..


FIRMAN (Bukan Firman AF) a.k. a abang long
Dia ni aku kenal masa mau kawen.. dia ni forografi kakak aku dulu..dan menjadi fotografi aku jugak.. tak banyak yang aku nak ceritakan pasal dia...apa yang pasti dia baik.. penyanyang...(pada perempuan diluar sana, beruntung anda jadikan dia suami). biar la cerita hanya kita yang tahu...aku sayang ko FIRMAN.

ERMAWATY
Dia ni classsmate aku dari form 3 till form 5 (masa kat SMK Balung) tapi dulu tak ada la rapat sangat..bila da abis belajar..da tau erti sahabat..aku selesa bersahabat dengan dia...dia baik..walaupun dia ni selalu pandang rendah dengan aku (sebab dia tinggi) tapi aku anggap semua tu asam garam kehidupan..sedangkan adik beradik boleh bergaduh, inikan pun sahabat..KAN??? tapi alhmadulillah, aku bahagia dan happy ada BFF macam dia..dia ni pun penyanyang...aku sayang ko ERMAWATY

Aku SAYANG kamu...



Moral of the story, tak kira kita berkawan atau bersahabat dengan siapasiapa pun, kalau da ada suami atau isteri, tolong jujur...bagitau dengan siapa sahabat kita...agar sia pun boleh berkawan dengan sahabat kita juga..













Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita...



Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.. apa yang telah kita buat sepanjang Ramadhan ini? Sudah cukupkah amalan kita untuk diguna di alam sana kelak??

Bertuah sungguh hamba Allah yang berpeluang ke Makka... Makkah Al-Mukkaramah....

Indah sungguh ciptaa-Mu




Ini Cerita Raya PART 2...

Sepanjang 15/7/2015

Terlalu sibuk di kampung...tiada gambar yang boleh menceritakan kisah semalam 15/7/2015.. apa yang pasti, setiap saat adalah bermakna bila di kampung...

menyediakan juadah berbuka puasa...berkumpul sanak saudara sebelum raya dan dihari terakhir ramadhan sebelum syawal menjelang..

Kaum hawa sibuk didapur..kaum adam sibuk tengok kereta masingmasing...

Hari ni belajar sesuatu yang baru... Jom buat ketupat palas...hahahha...

Tak adalah secantik Mok a.k.a nenek buat...tapi oleh la...1st trial katanya..habis pulut keluar dari semua bucu.. maaflah, Sabah teda ketupat palas..paling tidak pun, tubuk n burasa ja ada...

Mok adalah nenek yang super duper baik...macam arwah nenek masolo n nenek tawau... baik sangat..pantang jumpa mesti nak peluk makcik...sayang mok...teringat kat neneknenek makcik di Sabah...(sabarlah anak perantau)

Waktu berbuka adalah waktu yang dinantinanti...lambatnya buka di kuala krai...Lapar... inikan puasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Diperkenankan duliduli yang maha mulia rajaraja di Malaysia bahawa tarikh hari raya aidilfitri jatu pada hari Jumaat bersamaan 17 Julai 2015.... Yeay..yeay esok raya..

Ini bermakna, belog ini diceritakan pada 16 Julai 2015. Ditaip dan dipost agak lambat..

Balik dari kuala krai jalan da start jem.. amek shortcut dari tanah merah, singgah shopping kasut raya tuk adik ipar..then singgah pasir mas beli tikar getah untuk ma.. okeh DONE!! balik rumah kemaskemas sementara tunggu ma dari kuala krai..

Hokeh...kakak ipar da sampai pasir mas...welcome to Teratak Bonda kak cik...(macam tak pernah balik je kn)

16 Julai 2015 memang tak ada masa nak tidur..rehat...sepanjang hari kemas rumah...DONE!! nasib baik pakcik dan adikadik tolong kemas rumah.

Malam ofkos untuk iron baju...bergilirgilir iron baju..sebab iron ada 1 ja kat rumah..so giliran hakak paling last hokeh...setelah sejam menunggu baru abis baju adik ipar iron..biasalah, keluarga ramai..nasib baik sorang 1 pasang je..dapat macam abang dan hakak ipar ni yang baju berpasangpasang...memang jenih nak tunggu..SABAR!!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT HARI RAYA...lagu berkumandang sana sinni..seronoknya...

Tiba masa untuk kita beraya.... as usually la.. pagi pegi solat abis solat baru bermaafan dan agihan duit raya untuk anak buah dan adikadik...dan semestinya sei bergambar yang paling seronok sekali..hahaha...semua kaki selfie...



Gugurl time.. abaikan kak cik yang tak pandang kamera...kak cik, pandang sini la...



Ini time wanita sahaja...eh hilang sorang..mana kak cik...ok sebuk layan anak bujang dia...
Dari kiri Azie, A'aisyah, Mak, Mariam, Saya, Umie. Yang kat bawah tu anak buah nama dia najwa a.k.a wawa...
Kami umpama kumpulan nasyid..berdiri sama tinggi duduk sama rendah..hahaha...
Syukur sebab sama size semua..sebab kami boleh tukartukar baju. tak ada masalah kalu nak beli baju tema lain kali.


Ni boboy a.k.a geng botak...actually ada lagi yang tak ada...
Dari kiri abg syah (Biras) pakcik, abe. 
Bawah dari kiri abe ngoh, pok cek a.k.a fizie.. dan yang paling kenit tu, anak buah..aki namanya... si budak banyak cakap. tak pernah berhenti bercakap kcuali tidur..ok mokcik sabar je ye..nasib la mokcik ni suka budah..boleh melayan...



Family kak cik.. tak tau la kenapa c aki ni dudukk kat riba makcik dia..abis tenggelam tak nampak muka... aki da besar tau tak


Habis bermaafan dan bersalaman..misi berjalan ke rumah orang sebelum solat Jumaat... ok jalan sekitar kampung di waktu tengahari..memang bepeluh ketiak den... apa yang jelas kelihatan, adikadik happy beraya..hakak da letih ye adikadik.


  ini la super duper adik ipar yang double happy. hakak ipar nampak ayu walaupun tak ayu yang adik semua sangka ye..

  
da petangpetang sikit baru ada masa selfie dengan mak mertua..opss pencahayaan terlebih kuning...maaf la, dinding makcik kaler kunin...tak apa la..yang penting CANTIK!!!!


Adik ipar yang ayu..Azie


Bila da petang tu..anak buah pun seronok la main kat halaman bersama cik su dorang...


Buat la apa yang menggembirakan kamu anakanak...yang penting jangan memberontak tanpa sebab hokeh...


Makcik pun da letih nak update belog...so esokesok kita sambung lagi...cerita raya last episod...ok nak pergi beraya ni...


SALAM SYAWAL....!!!

Monday, 20 July 2015

Sebelum Raya (cerita bersambungsambung a.k.a berepisod) - PART 1

Hai..Salam Syawal yang Mulia..

Hari ni sudah Syawal ke 5.. dan makcik sekarang berada di office...(ye la,tak adanya nak taip belog kalau di kampung, line tak adak)

As usually la..asal balik Kelantan, mesti banyak ja issue yang nak di utarakan..buka jadi issue sangat pun..

Ini cerita sebelum raya, maknanya balik cuti hari raya.. Tidak seperti orang lain, makcik dan pakcik berpasang balik awal ke kampung...motifff!!!!hahhaa...balik kelantan naik Firefly..tak ada la teruk sangat naik firefly..ok ja...boleh nampak lampu.. makcik check-in guna passport...kesah pulak kan...tak sebenarnya makcik amek mood nak ke over-see next week (end of month), that's why la makcik guna buku merah..(saja nak tunjuk yang makcik da renew buku merah setelah 2 tahun xpired)


Ticke firefly ja pun...bukan KLM..hahaha..koya mu mek!!!



andai anda tahu, nilah pemandangan waktu malam sekitar lembah klang..indahnya...



Ini penerbangan terakhir ke Kota Bharu...jadinya,agak lewat jugak la sampai ke KB...tak apa la..ada adik ipar jemput...


Chooopppp!!!!! sampai airport sultan ismail petra, pakcik dapat mesej dari ma... kereta rosak..tak boleh jemput...oooo, ok tidak mengapa...sebab da biasa naik teksi...

sampai rumah dalam jam 12midnight jugak la... penat + letih... zzzzzzzzz

seronok jugak la gerak malam ni...tak jem...sejuk..cuma tak ada kedai buka la...hahaha...nak singgah pasar siti khadijah pun da tak done...

ok, makcik da penat sebab esok (15/7/2015) perjalanan makcik sekeluarga akan bersambung ke kuala krai pula...pegi umah Chek a.k.a atok...


Part 1.....to be continued.....part 2

Wednesday, 8 July 2015

KUNAK!!!!!!

AKU BANGGA JADI ANAK KUNAK...
AKU ANAK JATI KUNAK...

KUNAK....
sebuah pekan kecil yang terletak di antara daerah Semprna, Tawau dan Lahad Datu... KUNAK adalah sebuah pekan kecil yang juga dikenali sebagai pekan koboi... Walaupun hanya sekadar pekan kecil, tapi cukup bermakna buat kami... Pekan yang kami cintai, pekan tempat kami belajar, tempat kami jatuh, tempat kami bermain, tempat kami mengenal apa itu erti kehidupan.

KUNAK...
Mungkin pada mata orang luar,Kunak ni teda apaapa yang menarik... tapi pada aq, Kunak adalah tempat yang paling bahagia.. Penduduk kunak ni tidaklah ramai...Pusingpusing pun boleh jumpa. Penduduk Kunak ni berbilang bangsa, suku kaum dan agama. Ada BUGIS, bajau, sulu, cocos macammacam lagi la..datang Kunak baru tau. kunak ni best..hidup orang kunak harmoni tidak kira india ka, cina ka..semua macam keluarga..boleh lepak kedai makan samasama..

Walaupun kunak ni kecil, tapi kunak ni kira lengkap jugalah. Ada sekolah rendah, menegah, sekolah agama, TM, SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) dan macammacam lagilah.. Orang di SAbah ni especially di Kunak, semua da berumah..tak adalah yang tinggal atas pokok lagi...(rumah orang kunak besarbesar hokeh) ko hado????

Apa yang best di kunak??
Restoran Bilal - sebuah restoran yang pertama buka di kunak dan sehingga sekarang Bilal tidak pernah tidak ada orang yang datang sana..tidak kira hari raya ka, deepavali ka, xmas ka...always ramai...

Top 10 -Kedai buku yang popular di Kunak...Masa sekolah selalu pergi top 10 cari majalah mangga

Paling Heaven kalau hari ahad...ada pasar minggu..boleh cari rombengan a.k.a bundle. macammacam jenis bundle boleh dapat di pasar minggu...

Bila malam, kunak ni ada tempat paling popular... PASAR MALAM...wa cakap lu, dia punya sayap ayam (kepak ayam) sedao gila ooo... tiada ditempat lain..hanya di Kunak...

Actuall banyak lagi tempat best lagi di Kunak ni (pada aq la)

Puasa tahun lepas 2014 (1 Ramadhan)kunak telah ditimpa musibah besar..di mana sebuah kampung yang dinamakan Kg. Pangkalan telah hangus terbakar lebih kuran 70% dari kediaman yang ada hangus sama sekali. walaupun pada masa itu kami tidak berada disana, tapi kami turut merasakan kesedihan itu kerana disanalah tempat kami membesar...mengenal erti kehdupan sebenar...dan kini tiada yang tinggal melainkan kenangan...

Selang sebulan.. means hari raya..Hari raya ke 4 pula kunak sekali lagi ditimpa musaibah dimana satusatunya tempat membeli belah paling popular di kunak iaitu Milimewa pula hangus terbakar...huhuh...

Walaupun serba kekurangan dari segi pembangunan, tapi kunak ada kelebihan sendiri sebagai sebuah pekan kecil iaitu keharmonian..


okeh...tulis belog sambil dengar lagu raya...

Kunak ni menyimpan seribu kenangan... banyak kenangan yang tercipta di Kunak.. Walaupun sekadar pekan kecil, tapi bagi ku cukuplah sekadar keamanan, keharmonian dan silaturahim yang ada di pekan ini...

AKU BANGGA JADI ANAK JATI KUNAK..


*SalamSayang*
*Salam22Ramadhan*

Monday, 6 July 2015

Raya pada kaca mata lelaki vs perempuan

Assalam semua..salam 19 ramadhan... Menaip blog masih memakai tudung selepas solat maghrib dan mengaji sementara menunggu waktu isyak...

Ok da azan..sementara azan tak abis lagi..taip belog dulu...

Yeay..yeay minggu depan raya.. Sadis,tak balik raya..tahun ni raya puasa di kelantan.. Tak apa,raya aji baru balik sabah..lepas jadi ma'am ni kan,kena la bergilir balik kampung..

Puasa ke 19??? Ok da boleh agak puasa berbaki beberapa hari lagi, persiapan raya almost done.. Almost ja..belum 100% done..

Sebenarnya tajuk en3 kali ni adalah pandangan tentang persiapan dari kaca mata 'lelaki' & 'perempuan'...

Asal mau raya,perempuan la yang ramai membanjiri shopping complex etc....lelaki kalau ada pun mesti sebab adanya perempuan di sisi... Perempuan selalu nak yang terbaik bila tiba musim perayaan.. Mesti mau semuanya cukup.. Istimewakan perempuan dalam bab shopping menyopping ni..

Kalau lelaki,ada ka teda ka..sama ja..pada dorg..baju raya bukan penentu hari raya..raya tetap raya..itu la lelaki..tapi kalau perempuan, tak payah cakap..luar dalam dia mau baru..

Untuk tahun ni..pakcik makcik pilih kaler ungu untuk tema..jadinya baju pakcik da ada 2pasang la.. Berlainan dengan maam, baju maam ada 3 pasang.. 1 jubah 2 baju kurung mini...over tau makcik ni..maka nda kemana pun..hahaha

Persiapan raya almost done la pada makcik..sebab kebanyakan barang makcik da ada..kasut..baju.. Tudung..semau da ready.. Yang belum beli, handbag dgn baju kecik..

Kasut semua da ada..pada pandangan pakcik, raya ke tak ke..sama ja, sebab every twice month, makcik wajib beli kasut.. Jadi tak ada beza pun.. Tapi pada pakcik, tak beli kasut pun tak apa..kasut lama ada..makcik baik hati nak sponsor sandal anak hanjing 'hush puppies' dia macam nak tak nak ja..ok jimat..hahaha..nanti makcik bagi surprise la kt pakcik..

So tak ada yang penting tak beli lagi...semua da settle..bapak..adik..laki diri sendir..tahun ni untuk mama teda lagi..insyaAllah raya aji bagian mama ya..

Bapak - Polo shirt
Apis - Kasut Zalora
Laki - Baju melayu office
            Jubah Jakel

Ok ckup la untuk hari ni..lain kali ada pengisian lain kita kingsi bersama..

               *SalamSayang*