Background

Mommy abi

Daisypath Anniversary tickers

A.M.L

Lilypie Fourth Birthday tickers

Azib Muhsin

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 10 December 2015

Aku seorang rakyat biasa...

Mengenali mu lebih rapat adalah 1 perkara yang mustahil.. Sebagai seorang rakyat biasa yang sentiasa mengikuti perkembangan mu...pasti mengalir airmata bila tahu akan kemangkatan mu.. 

Aku bercerita bukan kerana ingin mengampu siapa-siapa.. Aku adalah seorang rakyat biasa yang merasa akan kehilangannya.. Aku seorang rakyat Sabah yang pernah belajar di negeri jakahan Ayahandanya.. Aku bercerita atas dasar ada hati dan perasaan..

Aku seorang anak rakyat Sabah berbangsa BUGIS...

Tanggal 5 Dec 2015...
Aku seorang rakyat biasa.. Merasa begitu terkesan dengan kemangkatan #ku_lil.. Aku seorang rakya biasa merasa sedih akan kehilangannya.. Tapi kenapa..? Kesediahan itu bukan hanya sehari... 

#ku_lil.. Pada aku seorang rakyat biasa... Sangat istimewa.. Istimewa dihati rakyat.. Seorang anak sultan yang berjiwa rakyat.. Seorang pemuda yang didalam dirinya penuh kasih sayang.. Seorang pemuda yang tidak pernah membawa bersama pangkat yang dikurniakan padanya..

Pada aku seorang rakyat biasa, #ku_lil masih ada.. Semangatnya untuk penghidap kanser masih kuat bersama yayasannya... Kata-kata semangatnya menjadikan semua orang bahagia.. Kesakitan bukanlah pengakhiran hidup ini.. Kerana setiap yang terjadi telah tertulis kemas di ruang Luh Mahfuz Allah S. W. T...

Aku seorang rakyat biasa.. Yang melihat ketabahan keluarga #ku_lil, ikatan kekeluargaan mereka.. Belajar betapa redha itu penting...