Background

Mommy abi

Daisypath Anniversary tickers

A.M.L

Lilypie Fourth Birthday tickers

Azib Muhsin

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, 10 December 2015

Aku seorang rakyat biasa...

Mengenali mu lebih rapat adalah 1 perkara yang mustahil.. Sebagai seorang rakyat biasa yang sentiasa mengikuti perkembangan mu...pasti mengalir airmata bila tahu akan kemangkatan mu.. 

Aku bercerita bukan kerana ingin mengampu siapa-siapa.. Aku adalah seorang rakyat biasa yang merasa akan kehilangannya.. Aku seorang rakyat Sabah yang pernah belajar di negeri jakahan Ayahandanya.. Aku bercerita atas dasar ada hati dan perasaan..

Aku seorang anak rakyat Sabah berbangsa BUGIS...

Tanggal 5 Dec 2015...
Aku seorang rakyat biasa.. Merasa begitu terkesan dengan kemangkatan #ku_lil.. Aku seorang rakya biasa merasa sedih akan kehilangannya.. Tapi kenapa..? Kesediahan itu bukan hanya sehari... 

#ku_lil.. Pada aku seorang rakyat biasa... Sangat istimewa.. Istimewa dihati rakyat.. Seorang anak sultan yang berjiwa rakyat.. Seorang pemuda yang didalam dirinya penuh kasih sayang.. Seorang pemuda yang tidak pernah membawa bersama pangkat yang dikurniakan padanya..

Pada aku seorang rakyat biasa, #ku_lil masih ada.. Semangatnya untuk penghidap kanser masih kuat bersama yayasannya... Kata-kata semangatnya menjadikan semua orang bahagia.. Kesakitan bukanlah pengakhiran hidup ini.. Kerana setiap yang terjadi telah tertulis kemas di ruang Luh Mahfuz Allah S. W. T...

Aku seorang rakyat biasa.. Yang melihat ketabahan keluarga #ku_lil, ikatan kekeluargaan mereka.. Belajar betapa redha itu penting... 














Thursday, 13 August 2015

Da setahun rupanya...

ALHAMDULILLAH..... sah bergelar isteri kepada ENCIK MOHD LOTFI dengan sekali lafaz...

Caya la 'abg'...hahaha....


Yihuuuu......kucupp jgn tak kucup...(ramainya photograph...malu mak nak...) official photograph terlindung plak 

FIRMAN PHOTOGRAPHY  ...SEBAB DIA SEDIH SAHABATNYA SAH JADI BINI ORG...HEHEHE..



Gambar Outdoor; by firman


biar gambar berbicara....gedixxx...posing sendiri tanpa d arah oleh cameraman....hahahah

Bahagia wif Sahabat Sejati...

Hai...saya Ilah Daros, dan ini kisah saya...kisah orang2 yang ada dengan saya...(ayat skema cik puan)





Malam Berinai....by Firman Photography..... Terima Kasih Sahabat




Ini Cerita kami...kami adalah sahabat..Sahabat till jannah...



Yang ini pun sahabat....walaupun mereka ni jahat,tp aq tau dorang sayang aku...aku ibarat adik bongsu dorang...walaupun aq sudah jd isteri MR. Lotfi, hubungan kami ttp sama macam dulu...kerana kami adalah SAHABAT dunia akhirat...kami SAHABAT sampai hujung nyawa....

Dear SAHABAT ku yg ndut dan d sayang ULLAH a.k.a NASARULLAH,

Terima kasih sebab sanggup balik kunak sebab aku walaupun ko terpaksa pinjam kereta kawan dan ko sanggup korbankan masa mu untuk aku... Aku tahu perjalanan 8-9 jam KK-Kunak bukannya dekat, tapi ko sanggup demi aku...ko kuat berdepan semua ini...ULLAH, terima kasih sahabat...segala tenaga mu, masa mu..kasih sayang mu tdk pernah dan tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..

Kepada sahabat kesayangan ku FIRMAN,
Terima kasih kerana melayan karenah kawanmu a.k.a customer mu yang cerewat ini...terima kasih dengan hasil kerja mu...terima kasih tenaga mu...terima kasih atas kekuatan mu...terima kasih sebab masih kuat untuk berkawan dengan aku....segala pengorbanan mu, tidak dapat dibalas dgn wang ringgit... aku tau aku sdh kecewakan ko, tp aku mau ko tau...sejahat2 aku, aku selalu ada dengan ko....terima kasih sebab sayang aku...terima kasih sebab ambil berat pasal aku...jaga aku...tarik telingaku klu aku nakal...manja kan aku yang kadang2 celedak...yang kadang2 mbebel mcm macik2...



Buat kedua-dua sahabat ku FIRMAN & ULLAH...

Terima kasih sebab temankan aku malam berinai....temankan aku tengok dewan...terima kasih sebab buat aku ketawa...ada ngn aku di saat aku gembira...sedih, suka dan duka ku..terima kasih yang tak terhingga


SAYANG kamu berdua.... FIRMAN & NASARULLAH ndut....


(panjang plak entri...entri khas buat sahabat yang ndut...)

`` Kau Yang Aku rindu ``



almost 6 years i think he leave me alone...

argh..berat sungguh perpisahan ini buat ku...tp aq redha...semue ini takdir-NYA...

aq terima takdir yang ESA...

MOHD FAIRUZ....al-fatihah..

org yg sehingga kini segar dalam ingatan dan sanubari ku

perginya terlalu cepat...sekelip mata aq kehilangan die...sekelip mata die pergi tinggalkan aq..

tinggalkan semua menjadi kenangan....

kenapa harus ini yg terjadi...kenapa sepantas ini...????


AL-FATIHAH buat MOHD FAIRUZ....1987 - 2005

.:: Kisah Kami D'KBBR ::.


working together is success



cari yang mn 1 aq....napa suasana nya ni malam r...????

nya buruk muka..itam lagi...time antar PM g ap0t sdkn..


dalam berek...rehat2 time...


di padang kawat yg membakar jiwa dan kulit KAMI..


angin malam sebelum roll call...

tolong jangan komen pasal kegemukan saya..

dalam berek...R.I.M.B.A B.A.R.A


ni la kisah hidup ku semasa di PLKN...KBBR always in my HEART....

SIRI 2 / 2006....Kem Bagai Budi Resort Sandakan, Sabah...

NURFADZILAH....(Copy paste belog lama)

N.U.R.F.A.D.Z.I.L.A.H.....

maksud secantik nama...nama secantik perangai...perangai secantik sifat...sifat secantik kejadian..secantik-cantik kejadian adalah kejadian ALLAH S.W.T

N - kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu rehat

U - kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu di  sekelilingmu walaupun ia di luar kemampuan dirimu yang sebenar.

R - kamu gemar bersosial dan berhibur

F - semua orang menyanyangi kamu

A - agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain2 dalam fikiran kamu

D - kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain

Z - kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang..!!!!!

I - kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum

L - kamu amat percaya pada cinta

A - agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain2 dalam fikiran kamu

H - kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu perkara.

.: tarikh keramat :.

Tetiba terjumpa blog lama...so ni copy paste ja....


Mengimbas balik detik-detik keramat dalam sejarah hidup ku...aduh sedih..geram bercampur suka dan duka.. Dari apa yg aq ingat la...tarikh keramat start pada 2005...

mau di ingat sedih..mau di lupa dak sampai hati...so moral of the story...jadi kan kenagan lama sebagai pengajaran...

first date of course la 24 september 1988...mesti semua tertanya2 kn ada apa ngn tarikh tu...erm...itu la tarikh lahir c penulis bl0g...hahahahaha....

ok tu mmg la tarikh lahir ku..tapi cerita selanjutnya ni tarikh di mana aq di tinggal kn oleh seseorang buat selama-lamanya...s0b...s0b...don't be sad ila...u can do it without him...

tanggal 4 June 2005...hari sabtu lebih kurang dalam pukul 3-4 petang, aq di kejut kn dgn berita pemergian seorang sahabat tersayang ke rahmatullah..inna lillah wa inna lillahi rajiun...tekejut dengan berita itu...aq seolah2 bagaikan manusia yang tak bernyawa...nyawaku pergi bersamanya.....
(sorry jiwang sekejap....huhuhu...to be continued..)

SEMOGA ROH MOHD FAIRUZ BIN HAJI MOKHSIN DI CUCURI RAHMAT..AMIN

bila di kenangan kembali...pergi nya seorang sahabat tersayang amat sukar di terima..tanggal 3 June 2005 tepat pukul 3 petang,arwah dan 2 lagi sahabat arwah terlibat dalam kemalangan jalanraya melibat kan lori dan perodua kancil (nauzubillah)...-dr sumber maklumat yg boleh di percayai...

dan tepat pukul 3 pagi 4 June 2005..arwah menghempuskan nafas terakhir di hospital :'( .... pergi nya seorang anak ke3 dari 4 berada...

Pergi nya tak pernah ku lupa walaupun mengenalinya hanya 3 tahun..

MOHD FAIRUZ...PERGI MU TAK KEMBALI DAN PERGI MU TIADA GANTI..

da third date...erm...12 December..yang penting tarikh 12hb setiap bulan aq TIDAK SUKA dan aq benci tarikh ni..dan selagi air tak jernih lagi...tarikh ni akan jadi tarikh keramat yang sunggh berhantu dalam hidup ku....



CHILL la..

Thursday, 23 July 2015

BestFriend.. 27 Julai 2015.. hari persahabatan kami...

Istilah BestFriend ni tidak semestinya untuk pasangan atau hubungan sahabat sesama jantina... Terkadang, perempuan lagi suka berBestFriend dengan lelaki dan sebaliknya..
TAPI HARUS DIINGAT..ADA BATASNYA...


Pada aku, aku selesa berkawan a.k.a berbestfriend dengan lelaki...bukan sebab aku tak ada kawan perempuan...ada.

Ada la kawan rapat perempuan..tapi beberapa ja yang boleh diharap...cuma pada aku erti kawan dan sahabat itu berbeza..erti sahabat ni macam adik beradik...bergaduh..nangis..ketawa..bersama...

Agak susah untuk seseorang yang sudah berumahtangga untuk ada sahabat lelaki..tapi pada aku, selagi ada konsep percaya dan terus terang dengan siap kita bersahabat...

Macam aku, tok laki tau siapa kawan dan sahabat aku..jadi tak ada masalah..dia faham selagi kita tau jaga batasbatas kita sebagai perempuan dan sebagai isteri.

Aku sendiri ada BFF..lelaki... dan aku bahagia bersama mereka...walaupun masingmasing duduk jauh.. sorang di KK, sorang di Kunak dan aku di KL, tapi itu tidak jadi masalah buat kami...kami jarang berwasap, sms atau berwechat..tapi kami memilih untuk berbalas komen di facebook...gaduh, ketawa, merajuk, semua kami kongsi di facebook.

Manakala BFF permpuan ni aku lebih gemar berwasap..ala biasa perempuan kan...ni supaya tidak timbul syak wasangka pada tok laki..(bijakkan)..tapi itu la erti sahabat pada aku..

Sahabat bukan sekadar shabat..tapi sahabat juga bertindak sebagai penasihat..ya, aku gembira ada sahabat macam dorang (firman dan nasarullah). (Ermawaty)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandangan aku pada dorang...

NASARULLAH
Actually dia ni classmate dari form 1 till form 3 (bcause form 3 pindah sekolah lain). dula masa sekolah kami tidak la rapat..just classmate biasa, sebab dalam kelas pun kaum adam tak ramai..so adam dan hawa boleh masuk tune la orang cakap.. dia ni (sebagai mana yang ak kenal la) seorang yang pemalu (malumalu kucin).. jarang sangat dengar suaranya..lagilagi dengan perempuan (ooo pls la ullah)dia ni budak bijak (sebab kelas kami kelas pertama..AMANAH..nak kata aku ni bijak la juga, sebab duduk kelas depan..hakhakhak). Dalam kelas memang ramai competitor.. jadi kena berlumbalumba... Tapi tempoh kami kenal dalam kelas tu sangat singkat...sebab dia ni pemalu, dan aku  ni tak tau malu...(fokus belajar) lepas tu aku oindah sekolah da tak jumpa dia... apa yang menjadi kami boleh jadi BFF, dia berkait dengan BFF sorang lagi...firman...dan tak sangka pula sekarang ni dia da berubah...dulu dia keding...pendiam..malumalu kucin...sekarang, gendut, banyak cakap dan tak ada malumalu kucin da...dia ni seorang yang baik..sebelum jadi BFF, sempat la dia ni rasa tak puas hati..(adalah cerita disebalik ketidakpuasanhati) tapi tak apa...ya salah aku...SORRY Ullah..tak ada niat pun...lepas da explain semua, dan keadaan da ok smua...alhamdulillah...kami da jadi BFF... aku sayang ko nasarullah..


FIRMAN (Bukan Firman AF) a.k. a abang long
Dia ni aku kenal masa mau kawen.. dia ni forografi kakak aku dulu..dan menjadi fotografi aku jugak.. tak banyak yang aku nak ceritakan pasal dia...apa yang pasti dia baik.. penyanyang...(pada perempuan diluar sana, beruntung anda jadikan dia suami). biar la cerita hanya kita yang tahu...aku sayang ko FIRMAN.

ERMAWATY
Dia ni classsmate aku dari form 3 till form 5 (masa kat SMK Balung) tapi dulu tak ada la rapat sangat..bila da abis belajar..da tau erti sahabat..aku selesa bersahabat dengan dia...dia baik..walaupun dia ni selalu pandang rendah dengan aku (sebab dia tinggi) tapi aku anggap semua tu asam garam kehidupan..sedangkan adik beradik boleh bergaduh, inikan pun sahabat..KAN??? tapi alhmadulillah, aku bahagia dan happy ada BFF macam dia..dia ni pun penyanyang...aku sayang ko ERMAWATY

Aku SAYANG kamu...



Moral of the story, tak kira kita berkawan atau bersahabat dengan siapasiapa pun, kalau da ada suami atau isteri, tolong jujur...bagitau dengan siapa sahabat kita...agar sia pun boleh berkawan dengan sahabat kita juga..













Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita...



Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.. apa yang telah kita buat sepanjang Ramadhan ini? Sudah cukupkah amalan kita untuk diguna di alam sana kelak??

Bertuah sungguh hamba Allah yang berpeluang ke Makka... Makkah Al-Mukkaramah....

Indah sungguh ciptaa-Mu




Ini Cerita Raya PART 2...

Sepanjang 15/7/2015

Terlalu sibuk di kampung...tiada gambar yang boleh menceritakan kisah semalam 15/7/2015.. apa yang pasti, setiap saat adalah bermakna bila di kampung...

menyediakan juadah berbuka puasa...berkumpul sanak saudara sebelum raya dan dihari terakhir ramadhan sebelum syawal menjelang..

Kaum hawa sibuk didapur..kaum adam sibuk tengok kereta masingmasing...

Hari ni belajar sesuatu yang baru... Jom buat ketupat palas...hahahha...

Tak adalah secantik Mok a.k.a nenek buat...tapi oleh la...1st trial katanya..habis pulut keluar dari semua bucu.. maaflah, Sabah teda ketupat palas..paling tidak pun, tubuk n burasa ja ada...

Mok adalah nenek yang super duper baik...macam arwah nenek masolo n nenek tawau... baik sangat..pantang jumpa mesti nak peluk makcik...sayang mok...teringat kat neneknenek makcik di Sabah...(sabarlah anak perantau)

Waktu berbuka adalah waktu yang dinantinanti...lambatnya buka di kuala krai...Lapar... inikan puasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Diperkenankan duliduli yang maha mulia rajaraja di Malaysia bahawa tarikh hari raya aidilfitri jatu pada hari Jumaat bersamaan 17 Julai 2015.... Yeay..yeay esok raya..

Ini bermakna, belog ini diceritakan pada 16 Julai 2015. Ditaip dan dipost agak lambat..

Balik dari kuala krai jalan da start jem.. amek shortcut dari tanah merah, singgah shopping kasut raya tuk adik ipar..then singgah pasir mas beli tikar getah untuk ma.. okeh DONE!! balik rumah kemaskemas sementara tunggu ma dari kuala krai..

Hokeh...kakak ipar da sampai pasir mas...welcome to Teratak Bonda kak cik...(macam tak pernah balik je kn)

16 Julai 2015 memang tak ada masa nak tidur..rehat...sepanjang hari kemas rumah...DONE!! nasib baik pakcik dan adikadik tolong kemas rumah.

Malam ofkos untuk iron baju...bergilirgilir iron baju..sebab iron ada 1 ja kat rumah..so giliran hakak paling last hokeh...setelah sejam menunggu baru abis baju adik ipar iron..biasalah, keluarga ramai..nasib baik sorang 1 pasang je..dapat macam abang dan hakak ipar ni yang baju berpasangpasang...memang jenih nak tunggu..SABAR!!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT HARI RAYA...lagu berkumandang sana sinni..seronoknya...

Tiba masa untuk kita beraya.... as usually la.. pagi pegi solat abis solat baru bermaafan dan agihan duit raya untuk anak buah dan adikadik...dan semestinya sei bergambar yang paling seronok sekali..hahaha...semua kaki selfie...



Gugurl time.. abaikan kak cik yang tak pandang kamera...kak cik, pandang sini la...



Ini time wanita sahaja...eh hilang sorang..mana kak cik...ok sebuk layan anak bujang dia...
Dari kiri Azie, A'aisyah, Mak, Mariam, Saya, Umie. Yang kat bawah tu anak buah nama dia najwa a.k.a wawa...
Kami umpama kumpulan nasyid..berdiri sama tinggi duduk sama rendah..hahaha...
Syukur sebab sama size semua..sebab kami boleh tukartukar baju. tak ada masalah kalu nak beli baju tema lain kali.


Ni boboy a.k.a geng botak...actually ada lagi yang tak ada...
Dari kiri abg syah (Biras) pakcik, abe. 
Bawah dari kiri abe ngoh, pok cek a.k.a fizie.. dan yang paling kenit tu, anak buah..aki namanya... si budak banyak cakap. tak pernah berhenti bercakap kcuali tidur..ok mokcik sabar je ye..nasib la mokcik ni suka budah..boleh melayan...



Family kak cik.. tak tau la kenapa c aki ni dudukk kat riba makcik dia..abis tenggelam tak nampak muka... aki da besar tau tak


Habis bermaafan dan bersalaman..misi berjalan ke rumah orang sebelum solat Jumaat... ok jalan sekitar kampung di waktu tengahari..memang bepeluh ketiak den... apa yang jelas kelihatan, adikadik happy beraya..hakak da letih ye adikadik.


  ini la super duper adik ipar yang double happy. hakak ipar nampak ayu walaupun tak ayu yang adik semua sangka ye..

  
da petangpetang sikit baru ada masa selfie dengan mak mertua..opss pencahayaan terlebih kuning...maaf la, dinding makcik kaler kunin...tak apa la..yang penting CANTIK!!!!


Adik ipar yang ayu..Azie


Bila da petang tu..anak buah pun seronok la main kat halaman bersama cik su dorang...


Buat la apa yang menggembirakan kamu anakanak...yang penting jangan memberontak tanpa sebab hokeh...


Makcik pun da letih nak update belog...so esokesok kita sambung lagi...cerita raya last episod...ok nak pergi beraya ni...


SALAM SYAWAL....!!!

Monday, 20 July 2015

Sebelum Raya (cerita bersambungsambung a.k.a berepisod) - PART 1

Hai..Salam Syawal yang Mulia..

Hari ni sudah Syawal ke 5.. dan makcik sekarang berada di office...(ye la,tak adanya nak taip belog kalau di kampung, line tak adak)

As usually la..asal balik Kelantan, mesti banyak ja issue yang nak di utarakan..buka jadi issue sangat pun..

Ini cerita sebelum raya, maknanya balik cuti hari raya.. Tidak seperti orang lain, makcik dan pakcik berpasang balik awal ke kampung...motifff!!!!hahhaa...balik kelantan naik Firefly..tak ada la teruk sangat naik firefly..ok ja...boleh nampak lampu.. makcik check-in guna passport...kesah pulak kan...tak sebenarnya makcik amek mood nak ke over-see next week (end of month), that's why la makcik guna buku merah..(saja nak tunjuk yang makcik da renew buku merah setelah 2 tahun xpired)


Ticke firefly ja pun...bukan KLM..hahaha..koya mu mek!!!



andai anda tahu, nilah pemandangan waktu malam sekitar lembah klang..indahnya...



Ini penerbangan terakhir ke Kota Bharu...jadinya,agak lewat jugak la sampai ke KB...tak apa la..ada adik ipar jemput...


Chooopppp!!!!! sampai airport sultan ismail petra, pakcik dapat mesej dari ma... kereta rosak..tak boleh jemput...oooo, ok tidak mengapa...sebab da biasa naik teksi...

sampai rumah dalam jam 12midnight jugak la... penat + letih... zzzzzzzzz

seronok jugak la gerak malam ni...tak jem...sejuk..cuma tak ada kedai buka la...hahaha...nak singgah pasar siti khadijah pun da tak done...

ok, makcik da penat sebab esok (15/7/2015) perjalanan makcik sekeluarga akan bersambung ke kuala krai pula...pegi umah Chek a.k.a atok...


Part 1.....to be continued.....part 2

Wednesday, 8 July 2015

KUNAK!!!!!!

AKU BANGGA JADI ANAK KUNAK...
AKU ANAK JATI KUNAK...

KUNAK....
sebuah pekan kecil yang terletak di antara daerah Semprna, Tawau dan Lahad Datu... KUNAK adalah sebuah pekan kecil yang juga dikenali sebagai pekan koboi... Walaupun hanya sekadar pekan kecil, tapi cukup bermakna buat kami... Pekan yang kami cintai, pekan tempat kami belajar, tempat kami jatuh, tempat kami bermain, tempat kami mengenal apa itu erti kehidupan.

KUNAK...
Mungkin pada mata orang luar,Kunak ni teda apaapa yang menarik... tapi pada aq, Kunak adalah tempat yang paling bahagia.. Penduduk kunak ni tidaklah ramai...Pusingpusing pun boleh jumpa. Penduduk Kunak ni berbilang bangsa, suku kaum dan agama. Ada BUGIS, bajau, sulu, cocos macammacam lagi la..datang Kunak baru tau. kunak ni best..hidup orang kunak harmoni tidak kira india ka, cina ka..semua macam keluarga..boleh lepak kedai makan samasama..

Walaupun kunak ni kecil, tapi kunak ni kira lengkap jugalah. Ada sekolah rendah, menegah, sekolah agama, TM, SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) dan macammacam lagilah.. Orang di SAbah ni especially di Kunak, semua da berumah..tak adalah yang tinggal atas pokok lagi...(rumah orang kunak besarbesar hokeh) ko hado????

Apa yang best di kunak??
Restoran Bilal - sebuah restoran yang pertama buka di kunak dan sehingga sekarang Bilal tidak pernah tidak ada orang yang datang sana..tidak kira hari raya ka, deepavali ka, xmas ka...always ramai...

Top 10 -Kedai buku yang popular di Kunak...Masa sekolah selalu pergi top 10 cari majalah mangga

Paling Heaven kalau hari ahad...ada pasar minggu..boleh cari rombengan a.k.a bundle. macammacam jenis bundle boleh dapat di pasar minggu...

Bila malam, kunak ni ada tempat paling popular... PASAR MALAM...wa cakap lu, dia punya sayap ayam (kepak ayam) sedao gila ooo... tiada ditempat lain..hanya di Kunak...

Actuall banyak lagi tempat best lagi di Kunak ni (pada aq la)

Puasa tahun lepas 2014 (1 Ramadhan)kunak telah ditimpa musibah besar..di mana sebuah kampung yang dinamakan Kg. Pangkalan telah hangus terbakar lebih kuran 70% dari kediaman yang ada hangus sama sekali. walaupun pada masa itu kami tidak berada disana, tapi kami turut merasakan kesedihan itu kerana disanalah tempat kami membesar...mengenal erti kehdupan sebenar...dan kini tiada yang tinggal melainkan kenangan...

Selang sebulan.. means hari raya..Hari raya ke 4 pula kunak sekali lagi ditimpa musaibah dimana satusatunya tempat membeli belah paling popular di kunak iaitu Milimewa pula hangus terbakar...huhuh...

Walaupun serba kekurangan dari segi pembangunan, tapi kunak ada kelebihan sendiri sebagai sebuah pekan kecil iaitu keharmonian..


okeh...tulis belog sambil dengar lagu raya...

Kunak ni menyimpan seribu kenangan... banyak kenangan yang tercipta di Kunak.. Walaupun sekadar pekan kecil, tapi bagi ku cukuplah sekadar keamanan, keharmonian dan silaturahim yang ada di pekan ini...

AKU BANGGA JADI ANAK JATI KUNAK..


*SalamSayang*
*Salam22Ramadhan*

Monday, 6 July 2015

Raya pada kaca mata lelaki vs perempuan

Assalam semua..salam 19 ramadhan... Menaip blog masih memakai tudung selepas solat maghrib dan mengaji sementara menunggu waktu isyak...

Ok da azan..sementara azan tak abis lagi..taip belog dulu...

Yeay..yeay minggu depan raya.. Sadis,tak balik raya..tahun ni raya puasa di kelantan.. Tak apa,raya aji baru balik sabah..lepas jadi ma'am ni kan,kena la bergilir balik kampung..

Puasa ke 19??? Ok da boleh agak puasa berbaki beberapa hari lagi, persiapan raya almost done.. Almost ja..belum 100% done..

Sebenarnya tajuk en3 kali ni adalah pandangan tentang persiapan dari kaca mata 'lelaki' & 'perempuan'...

Asal mau raya,perempuan la yang ramai membanjiri shopping complex etc....lelaki kalau ada pun mesti sebab adanya perempuan di sisi... Perempuan selalu nak yang terbaik bila tiba musim perayaan.. Mesti mau semuanya cukup.. Istimewakan perempuan dalam bab shopping menyopping ni..

Kalau lelaki,ada ka teda ka..sama ja..pada dorg..baju raya bukan penentu hari raya..raya tetap raya..itu la lelaki..tapi kalau perempuan, tak payah cakap..luar dalam dia mau baru..

Untuk tahun ni..pakcik makcik pilih kaler ungu untuk tema..jadinya baju pakcik da ada 2pasang la.. Berlainan dengan maam, baju maam ada 3 pasang.. 1 jubah 2 baju kurung mini...over tau makcik ni..maka nda kemana pun..hahaha

Persiapan raya almost done la pada makcik..sebab kebanyakan barang makcik da ada..kasut..baju.. Tudung..semau da ready.. Yang belum beli, handbag dgn baju kecik..

Kasut semua da ada..pada pandangan pakcik, raya ke tak ke..sama ja, sebab every twice month, makcik wajib beli kasut.. Jadi tak ada beza pun.. Tapi pada pakcik, tak beli kasut pun tak apa..kasut lama ada..makcik baik hati nak sponsor sandal anak hanjing 'hush puppies' dia macam nak tak nak ja..ok jimat..hahaha..nanti makcik bagi surprise la kt pakcik..

So tak ada yang penting tak beli lagi...semua da settle..bapak..adik..laki diri sendir..tahun ni untuk mama teda lagi..insyaAllah raya aji bagian mama ya..

Bapak - Polo shirt
Apis - Kasut Zalora
Laki - Baju melayu office
            Jubah Jakel

Ok ckup la untuk hari ni..lain kali ada pengisian lain kita kingsi bersama..

               *SalamSayang*

Friday, 19 June 2015

Fly like are BIRD... BEBAS!!!

Hidup ini sebenarnya mengembara... Menerokai dunia semampunya... Terbang bebas seperti burung..tapi berlandasan... Bukan terbang bebas tanpa arah tujuan, visi dan misi..totally FAILED!!!

Actually (hemmm...ckp omputih pulak makcik) bukan katakata yang ingin disampaikan..cuma ingin bercerita..bercerita dikala sampai kampung pakcik tak tau nak buat apa..jadi ini tempat yang sesuai...

Opsss...selamat menyambut ramadhan al-mubarak semua... Ini tahun pertama makcik berpuasa sebagai bini, so xcited la ckit (byk jgk la). Nak merasa puasa di Kelantan katanya..tempat pakcik..

Akhirnya dapat la berpuasa di Kelantan apabila pakcik yang baik hati mem"booking"kan tiket Airasia (tu je yang mampu) utk makcik dan diri sendiri (gila pakcik tak xcited,blk kmpg dia kot)...

Makcik ni, kalau naik flight memang pebret makcik TIDUR... Flight belum pun take off, makcik da take off dulu...tak kiralah penerbangan hanya 30minit ka, memang tidur itu terbaik...!!!!tak tau nak buat apakan...tidurlah jawapnya..

Sebenarnya tak ada la nak tidur sampai berdengkur, just tidur2 chicken ja..memang tak tau nak buat apa...makcik ni jenis yang memilih...hanya flight AirAsia saja makcik akan tidur..flight selain AirAsia makcik akan layan..sebab, hanya AirAsia saja yang tak ada tv dalam kabin..bosan!!!

So far so good la..tak penah lagi menaiki penerbangan lebih 4jam.. Tapi kalu dihitung, kira, bahagi,darab, tambah, tolak..total hours (macam pilot pula) lebih dari 100++jam juga la naik flight...

Mana tidaknya,balik kelantan ja 4-5 kali setahun..balik Sabah 2-3 kali..tu tak termasuk lagi berjalan dalam negara..pakcik ni,selama da kawen dengan makcik,da terror book tiket sendiri...pantang nampak tiket murah,mesti nak beli... Tempat pebret dia..Langkawi...makcik pun suka juga..hehe...

Makcik ni, berapa kali pun balik Kelantan, mesti terasa jakun.. Makcik pun tak tau kenapa nak jakun bagai...

Kelantan ni lai auranya..tidak kalah aura Sabah... Hehehe...

Sampai Kelantan, apa yang best? Opkos la suasananya..nyaman, tenang..sunyi..ketenangan...

Tapi tidak kalah juga ketenangan di kunak..oh kunak ku...

Selalu balik Kelantan weekend... Jadinya masa suntuk...berapa kali ke Kelantan, tak pernah lagi menjejak kaki ke KB mall atau ke KBTC...jakun kan..kami orang kampung..kami pergi pasar ja..

Kalu landing pagi, makcik suka p pasar siti khadijah...banyak kuih ooo...rambang mata...

Belum puas menerokai Kelantan, sebab kalau balik selalu naik flight.. One day nak round 1 Kelantan (larat ke pakcik layan)

Ok entri ni di taip hari jumaat malam..dan hari selasa baru selesai di taip dan di post.. Nampak tak ketidaklayanan makcik terhadap fon kalu da smpai Kelantan.. Ok bai..

Salam Ramadhan Al Mubarak... Cikedaut...

               *SalamSayang*

Monday, 1 June 2015

Bos...Lelaki vs Perempuan (dari sepasang mata burung hantu)

Bos... Definasinya pada aku, Banyak Orang Suka, Bukan Orang Sot (eh ini salah)...Bos pada aku adalah seorang ketua yang patut dihormati (itu pun kalau bos tau hormat kita). Seorang ketua yang menjadi contoh kepada anak buahnya... Menjadi ikon kepada anak bangsa (ibaratnya kalau disekolah dialah cikgu...itu kalau disekolah...ini ditempat kerja).. Seseorang itu tidak layak dipanggil bos kalau sombong, berlagak, bajet2 (hello,kat dunia ni Allah je layak jadi bos). Tak ada guna dalam pejabat kau bos, luar pejabat kau musuh...hidup ni saling memerlukan...tidak kira kau bos, pekerja, buruh, tukang kebun atau pun pemandu. Ok itu pandangan aku... Pada aku, bos lelaki dan perempuan ni banyak bezanya...kenapa? Sebab aku sudah melalui kerja dengan bos lelaki dan perempuan.. Bezanya:-

Bos Lelaki:-
* tiada waktu datang bulan
* bos lelaki ni berfikiran rasional
* boleh kawal emosi
* tidak pernah campur aduk peribadi dan kerja

Bos Perempuan
* time PMS kau jangan buat hal
* dia kalau nak marah staff, tak kira dimana...asal boleh
* emosi...jangan cakap la...dia sendiri keliru dengan emosinya
* kalau yang belum kawen, hati2...sebab emosi bos belum kawen, lebih2 lg da masuk 4 series, memang bahaya...pantang usik..bukan touching, paham2 la siapa pernah ada bos 4 series yang tak kawen lagi..

Aku ni..lepas habis belajar + practical, macam2 bos aku jumpa...ada yang mulut ****i, ada yang baik (biasa2) ada yang jenis dia la bos paling besar..ada yang jenis diofis dia bos, diluar dia sahabat (jarang jumpa la 1:100).

Nak dijadikan 1 cerita dari pengalaman, kerja 1 pejabat yang biasa2..tak ada la owner dia dato' ke, datin ke..cumanya bos tu Perepuan...oh man...mana perginya lelaki...ada, lelaki itu husband dia..ok.. Bini bos, laki assistant... Aku faham, masalah rumahtangga jangan dibawak ke ofis..tapi macam mana dengam bos yang tak kawen lagi..ini lagi 1 kes.. Aku TIDAK SUKA bos perepuan yang belum kawen..lagi2 da masuk 4 series... Oh..emosi sangat la tidak stabil...awak kalau nak jadi bos, biar la boleh jadi contoh...nasihat tu berguna..bukan untuk anak buah je..tapi untuk diri sendiri juga..

Selama aku didunia pekerjaan ni.. Hanya seorang sahaja bos yang paling aku SAYANG...paling aku KAGUM...paling aku HORMAT, paling BAIK HATI,paling PENYAYANG..dan dialah bos yang terpaling aku RINDUI... Arwah En. Supian Bin Adnan (alfatihah)

Cerita pasal En. Supian ni...huh, banyak sangat kenangan kerja dengan dia...dia ni diibarat ABAH kalau di ofis...semua orang sayang dia..tapi diakhir hayatnya aku adalah salah seoramg yang dia ingat..(dalam ingatannya ada 3 orang termasuk aku...mata masuk habuk) aku start kerja dengan dia mac 2010 sehingga la 2012...mungkin tempoh tu agak singkat..tapi hayatnya juga singkat bersama coordinator selepas aku..(aku jugak paling lama)

Kerja dengan beliau tidak sama macam kerja dengan bos perempuan.. Sebab, beliau ni sangat professional... Walaupun tinggal jauh di Melaka dan berulang ke Shah Alam, tapi dia tak pernah merungut..(aku tabik spring dengan dia)...

Oh..aku banyak salah dengan dia.. Ya, aku selalu marah dia..(sebab dia kuat merokok).. Aku selalu marah dia tak makan... Aku selalu marah dia balik lambat.. Aku selalu marah dia sebab marah staff lain.. Tapi aku marah bukan sebab aku nak jadi bos..aku marah bersebab..aku marah sebab aku SAYANG dia..aku marah sebab aku jaga dia..aki marah sebab dia ABAH kami...penasihat kami..tempat kami mengadu..tempat kami meluah ketidakpuasan hati..tempat kami belajar..dia bukan sekadar bos, dia cikgu kami..dia lecturer kami..dia guru besar kami..kami rindu dia...moga dia tenang disisi sang pencipta...Allah yang Esa...

Itu bos Lelaki..berlainan cerita dengan bos perepuan yang 4 series tak kawen lagi (andartu)... Why u so rude...aku memang tak suka BOS PEREMPUAN....

Ok...esok.sambumg en3 lagi...letib da makcik bebel...

*SalamSayang*
*simataburunghantu*

Wednesday, 11 February 2015

Trip kali ni ke MEDAN kita!!!!!!

MEDAN!!!

1st time ke Medan...aku pun tak tahu ada apa yang membuatkan aku mau booking ke Medan..haha.. Bagi tok laki, Medan tak adalah tempat yang 1st buat dia...because last time tok laki pergi dengan rombongan office dia.. tapi tak boleh harap pun, dia mintak aku urus semua..katanya sebab kita ni fasih berbahasa Indonesia...kita kan anak BUGIS..of coz la tau...

Pasal jalanjalan ni mesti la Cik Bini yang over sikit... Everything under control cik puan. jangan risau, semua da settle... Flight ticket + hotel = SETTLE

Macam biasa, penerbangan kali ini bermula di KLIA 2.. AIRASIA....dihatiku..



Apaapa pun before fly, make sure buku merah da ready. untuk perjalan international ni memang buku merah sangat penting. tapi sayangnya, buku merah belum renew..hahaha...tak apa, nanti nak gerak baru buat. 
Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh......


Kali ni kita ke negara seberang...berdua tanpa mak ayah..hello, korang tu da besar..hahaha..

Actually tak biasa sangat pn kat Medan. banyak baca dari belog orang jek..

Gerak on 31 July..time tu masih mood hari raya.. and balik sini 3 August... sebenarnya ke Medan nak sabut 1st anniversary...hehehe


Kat sana tak tau pun aiport macam mana...tapi tok laki cakap kt Kuala Namu.. Kuala Namu International Airpot..


Kita pun tak tahu dari Airport ke hotel nak naik apa..hahaha...dun wori..akan di uruskan...
Kami laki bini akan stay di hotel Grand Sirao...di tengah bandar Medan

Orang cakap, kalau dekat Medan ni, hotel yang ada Grand tu da di kira 4*...betul ke idok...i ni amek hotel management, tapi tak tahu plak...sebab tak ada dalam buku pun.

Ni Istana Maimon...


Mau p sini juga...rumah batak


Danau Toba...Tasik Terbesar di Asia Tenggara...

Aku sampai sana nanti aku mau SHOPPING....



OKBAI *Salam Sayang*